Ahad, 5 Ogos 2012

ogos 2012

CHENTA HATIKU....apa aku dah buat? setahun lebih aku tinggalkan blog ni. mesti ada sebabnya. sebab aku jumpa sinar baru. yang membawa perubahan sikit demi sikit keadaan aku yang sedia kal seperti ini...makin baik...ALHAMDULILLAH. hanya itu yang boleh aku ucapkan. Tengok muka dia...tengok...geram kan?....kerana dia aku mesti berusaha 360 darjah. itu menyebabkan aku diam setahun.

Sabtu, 29 Januari 2011

Mestikah aku....?

 UIHHH!! NGAPA NI????? INILAH JIWA KU
malam tadi aku ditanya seorang sahabat apakah aku mesti bertahan dan terus bersabar dgn apa yang aku lalui selama ini. Jawapanku: Soal akal dan soal hati. Ditanya lagi aku : Kau rasa dimasih sayangkan kau? Jawapanku :  Dia bukan milikku tidak pantas aku memberikan jawapannya. Sahabatku masih tidak puas hati lalu menyoalku lagi : Kau dah sedia. Jawapanku : Detik yang berlalu tak akan kembali jangan buang waktu.

Jumaat, 28 Januari 2011

Dia ke?

 aksi umayra' dan iman dalam kolam kecik aka besen. kalau dia besar besok tgk gambar ni mesti dia akan say TQ Ummi...why? God knows. ahahhahahhahahah

Khamis, 27 Januari 2011

 Qaisara yang telor ummi....
 macam nak menagis pulak tengok Umayra' pagi tadi. Makin banyak naiknya. Dia selamba je kadang-kadang merengek. Qaisara pula asyik berlingkar dekat kakak. Sah tak lama jangkit la tu.

Rabu, 26 Januari 2011

 ini lah muka budak kena demam campak...sayu habis. tapi time makan tak pernah terkurang waktu. Sah anak aku. Time demam makan selera sungguh. Demam cupak!

Ini baru sebahagian kecil kat badan dan atas kepala boleh tahan. Umayra' kata kat ummi...Allah sayang kita sebab tu dia bagi kita sakit. Aku renung muka dia. Dalam hati aku kata....iskkhhhh...budak ni ada tape recoder ke dalam otak dia...sebijik macam aku cakap je!

Ini mula-mula aku jumpa punca asal perkara yang buat Cik Puan Umayra' demam...tak ngapa anak ummi boleh tahan.....cengengnya!

INI JAM TANGAN MOMMY BAGI. NAK DEMAM JUGAK LE...DAPAT HADIAH JAM.

Kasihan dia...

Umayra' dah 3 hari kena demam campak. 3 malam jugak sama-sama ummi dan umay tak dapat tidur. Memang miang.

Ke Pekan di bawa oleh Papanya En Zaaba ambil air tawar. Abahnya En Yahdi balik kampung.Mujur tak ikut. tengok la muka orang kena demam campak. Bisa woooooo